RENUNGAN
NATAL
TEMA : KELAHIRAN ADALAH SATU FENOMENA TITIK
PERMULAAN DALAM HIDUP SESEORANG
Kelahiran Tuhan Yesus adalah bukan satu kelahiran
tanpa rencana dari Allah Bapa di sorga
bukan juga dilahirkan tanpa tujuan yang khusus
dan sasaran yang khusus.
Sesuatu yang dimuliakan dari Allah sendiri, dalam
pertumbuhanya juga pasti tidak terlepas dari tuntutan,dokongan, insperasi
dan berkat dari Allah supaya seseorang itu menjadi tajam,halus dan sempurna
ianya sesuai dengan rencana Allah dimana dia dipanggil dan dikhususkan
untuk hal itu.
(mat.25:15)
Berita baik tentang kelahiran Yesus sekarang itu bukan lagi hanya satu berita yang baru lahir di kandang melainkan hidup dan pelayanannya menjadi pedoman hidup kita masing-masing. Dia lahir bertumbuh dan berjaya menyempurnakan tujuan hidupnya. Mati di kayu salib untuk keselamatan dunia dan segala isinya.
KELAHIRAN KITA SEORANG INSAN YANG PERCAYA KEPADA TUHAN
Cerita kelahiran Yesus yang diceritakan oleh Doktor Lukas (Injil Lukas 2:1-20),juga petunjuk kelahiran hidup kita yang mengaku dan percaya kepada Tuhan. Yesus lahir kerana punyai tujuan khusus iaitu JURUSELAMAT SEMESTA ALAM.
Kita juga harus sedar dan percaya, bahawa kita bukan hanya semata-mata lahir, melainkan kita juga seperti Yesus, punya rencana hidup di tangan Tuhan. Kita juga mempunyai tujuan hidup yang khusus, hanya kita harus sedar bahawa untuk mencapai sasaran hidup kita yang direncanakan oleh Allah, harus tidak terlepas dari pengajaran yang ditunjukkan oleh Yesus sendiri untuk kita menauladaninya.
Kelahiran Yesus di dunia ini, adalah satu gambaran yang sangat hina. Tetapi bagi Allah itu tidak menghalang tujuanya, dimana Yesus menjadi JURUSELAMAT DUNIA DAN SEGALA ISINYA. Begitu juga dengan hidup kita, untuk mencapai tujuan Allah dalam hidup kita, kita harus mula dengan sangat sederhana. Bermula dengan hati yang sangat rendah, mengharapkan dengan sepenuhnya belaian kasih Allah membentuk hidup kita dan bukan mengharapkan kekuatan manusia semata-mata.
Ketaatan sepenuhnya kepada ibu bapa kita adalah sangat dituntut, supaya kita menjadi orang yang berguna kepada keluarga, bangsa,masyarakat dan gereja. Keperebadian itu yang membawa kita kepada kepercayaan dan ketaatan kepada Tuhan kerana Yesus sendiri melalui hidup seumpama itu. (Lukas 2 : 52)
PERTUMBUHAN HIDUP YANG DIKEHENDAKI TUHAN
Kita sudah melihat dalam permulaan hidup Yesus,
bermula dengan sangat rendah hati, lahir di dalam kandang supaya semua
golongan manusia ada kesempatan dan tidak meraguiNya. Kerana
sekiranya Dia dilahirkan di istana raja Herodis,
pasti hanya segelintir sahaja bilangan manusia dapat mengunjungiNya, oleh
kerna Dia lahir di tempat yang hina semua lapisan masyarakat termasuk
gembala dan orang majus dapat mengunjungiNya.
Dari kelahiran Yesus sampai menjadi belia, remaja dan seterusnya dewasa, hidupNya dikenali banyak lapisan masyarakat. Dari banyak cerita yang Dia pakai dalam pengajaraNya, menunjukkan kita dalam pertumbuhanhidupNya. Dia banyak berinteraksi dengan orang lain, itulah cara Yesus belajar supaya tujuan hidupNya yang diamanatkan oleh Allah Bapa di sorga. Tanpa pengetauhan yang cukup adalah mustahil bagi kita menunaikan kehendak Allah dalam hidup kita.
Dalam Lukas 2: 46-47 mengatakan, orang banyak kehairanan kerna jawapan-jawapan Yesus yang begitu bijaksana". Ini menunjukan Yesus begitu rajin belajar firman Tuhan. Bagi Yesus mencari pengetauhan dalam hidup. jangan abaikan pengetahuan firman Tuhan, malah itulah yang diutamakan (mat 6: 33)
Belia beliawanis yang saya kasihi, sebagai seorang
yang percaya kepada Yesus Tuhan kita, hanya yang saya mampu saya doakan
semoga kamu tabah mencari terus-menerus kebenaran firman Tuhan dalam hidup
kamu masing-masing. Hal ini memang tidak ada jalan pintas, selain daripada
,
JADIKANLAH ALKITAB TEMAN HIDUP ANDA. semoga melalui
pembacaan anda iman anda menjadi bertumbuh dan kebenarannya menjadi titik
permulaan dalam hidup anda sendiri.
Ingatlah bahawa ia harus bermula dengan sangat
sederhana, rendah hati, berdidikasi, berusaha terus dan sujud sepenuhnya
dalam ketaatan dengan kehendak Tuhan dalam hidup kita.
Semoga perayaan peringkat Hari Kelahiran Tuhan
kita Yesus Kristus pada tahun ini dapat melahirkan titik permulaan hidup
yang baru mengikut rencana dan tujuan hidup kita sejajar dengan kehendak
tuhan.
Pdt.Jimmy/MN2