![]() |
SALAM NATAL
Laman Web ini diberi nama MN3
SUANGPAI bersempena pernerbitan Majalah Natal Kg Suangpai bagi edisi yang
ke tiga.
Isi kandungannya tidaklah tertumpu
kepada MN3 sahaja tetapi ia merangkumi semua Majalah Natal yang telah diterbitkan
dan
yang bakal diterbitkan pada
masa-masa akan datang. Laman Web ini juga akan di 'up date' setiap tahun.
Laman Web ini bertujuan untuk
menghubungi jemaat yang tidak berkesempatan memiliki Majalah Natal dan
bagi jemaat yang
di luar lingkungan ( kampung
). Seperti yang terkandung di dalam Majalah Natal iaitu antaranya ialah
aktiviti-aktiviti AJKG, AJKB, AJKW dan AJKPB-KK. Dan apa yang paling menarik
ialah aktiviti-aktiviti yang akan di adakan musim natal.
Dengan adanya MN3 dan Laman
Web ini jemaat yang berada di luar lingkungan dapat merancang percutian
mereka untuk turut serta memeriahkan Hari Natal dan juaga aktiviti-aktiviti
yang akan diadakan. Lawatilah Laman Web kami sebelum anda merancang percutian
agar cuti anda lebih bermakna.
Dengan itu sesiapa yang melayari
Laman Web ini, silalah singgah di Guestbook' buku pelawat untuk daftarkan
diri anda sebagai
pelawat dan disamping itu juga
kami dapat monitor setakat mana sambutan anda. Komen dan cadangan dari
anda amatlah kami hargai. Kami akan cuba memperbaiki Laman Web ini setakat
yang termampu dengan adanya dorongan dan sokongan anda anda semua.
Dunia IT bukanlah terlalu asing
bagi kita, jadi kami cuba bergerak selangkah ke hadapan untuk kemajuan
bangsa, gereja dan negara.
KETUA EDITOR MN3