|
Pemerintahan negara China telah
mengusir semua orang asing yang ada di negaranya termasuk Missionari. Salah
seorang Missionari itu ialah pendeta Beinz. Beliau tidak kembali ke negaranya
tapi menuju ke negeri Sabah untuk membantu gereja-gereja cina di Sabah.
Pendita Beinz sampai di Sabah pada tahun 1950. Beliau telah melawat
gereja-gereja di seluruh Sabah termasuk daerah Kudat. Di daerah Kudat beliau
telah melawat gereja Pinangsoo,Bak-Bak,Tamalang,Sikuati dan beberapa lagi
gereja yang lain. Dalam pada itu beliau telah melihat beberapa orang MOMOGUN
gumaji sid kina' yang pada masa itu lebih dikenali
sebagai DUSUN yang bermaksud orang hutan.
Beliau telah difahamkan bahawa kaum Momogun tersebut
belum menerima firman Tuhan dan masih menyembah setan (rogon). Keadaan
itulah yang mendorong beliau cuba menyampaikan khabar baik ( Habal Do Kovosihan
) meskipun menghadapi masalah penyampaian bahasa. Tambahan pula beliau
difahamkan oleh DO (District officer) Bahawa Momogun tersebut susah dimajukan
sebab tidak menerima perubahan semasa dan corak hidup baru.
Pada suatu hari beliau telah
membawa Wong Khiam Fuk (ketua gereja sikuati) yang telah biasa dengam momogun
ke rumah-rumah panjang Momogun untuk cuba menyampaikan firman Allah.
Dalam masa yang agak lama penerimaan Momogun
cukup menggalakkan sehingga beliau tidak dapat memenuhi permintaan orang
kampung. Dengan itu beliau telah mengirim surat kepada Komitee Basel Mission
untuk minta bantuan seorang lagi Pendeta.
Pada 23.11.1952 tibalah seorang Pendeta bernama Honegger dari Switzerland. Belai telah mengambil alih tugas-tugas Pendeta Beinz terutama dibahagian Momogun.Firman Allah telahpun sampai hampir semua kampung meskipun pada masa itu beluam ada gereja. Pendita Honegger mendapati Momogun sudahpun dapat menerima khabar keselamatan sehingga timbul masalah kekurangan tenaga.
Paada 15 jun 1954 seorang lagi pendeta
dihantar oleh Mission untuk membantu pendeta Honegger iaitu Pendita
Huausermann.Pada masa itu sudah terdapat gereja di beberapa buah kampung
dan terdapat Momogun yang cuba-cuba belajar memimpin.
Perkembangan yang begitu menggalakan menyebabkan
Mission telah menhantar seorang lagi Pendeta Warner Sigrist bersama isterinya
pada bulan oktober 1955 dan Pada 10 februari 1956 seorang lagi Pendeta
dihantar iaitu pendeta Traugott Forschner yang mana telah ditugaskan di
daerah Pitas.
Pendeta Honegger sampai ke
Kg Suangpai sekitar tahun 1953 iaitu sebagai lawatan pertama beliau. Pada
tahun 1954 beliau bersama seorang lagi iaitu pendeta Haursemann mula menyebar-
kan firman Allah dari rumah ke rumah, yang mana pada masa itu penduduk
Suangpai tinggal di rumah panjang. ( kawasan gereja lama di tanah En Giuk).
Selepas itu penduduk berpindah pula
ke tanah En Asat pada masa yang sama gerejapun
didirikan. Sebelum itu penduduk Suangpai
menumpang sembahyang di gereja Kg Tiga Papan.
En Ozoi adalah merupakan orang
pertama yang menerima agama kristian dan beliau jugalah orang pertama memegang
jawatan sebagai ketua gereja di Kg Suangpai.Ketua gereja seterusnya
ialah En Injan dan pada masa itu beberapa orang
belia mula berjinak dalam kepimpinan gereja
seperti En Pamanul, En Sani Mosumil, En Longkang
dan beberapa lagi .
1986 gereja lama telah dirobohkan
dan telah digantikan dengan gereja ada sekarang.
MN2/97